Peninggian luaran
Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah.Bangunan ini memegang rekod untuk:
- Tanah sehingga puncak struktur: 509 m (1,671 kaki), sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Berkembar Petronas pada 452 m (1,483 kaki)
- Tanah sehingga ke bumbung: 449 m (1,474 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears 442 m (1,451 kaki)
- Tanah sehingga tingkat tertinggi yang diduduki: 439 m (1,441 kaki). sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears
- Lif terpantas: 16.83 m/s (37.5 km/j.)
- Kiraan untuk tahun baru terbesar.
- Tanah sehingga puncak, yang masih dipegang oleh Menara Sears 527 m (1,729 kaki).
Sumber-sumber berbeza, termasuk pemilik bangunan menyenaraikan ketinggian menara sebagai 508 m (1,667 kaki)
Reka bentuk dalaman Taipei 101
Dalam pelbagai aspek, bangunan yang baru dibina ini ialah pencakar langit paling maju setakat ini. Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ). Lif ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin[2]. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.Menara ini dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru beserta dengan persembahan langsung dan bunga api. Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou dan Speaker Parlimen Wang Jin-pyng merasmikannya.
Menara itu mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain contohnya kelab malam.
Borgata Hotel Casino & Spa - JTM Hub
BalasPadamBorgata Hotel Casino & Spa · Book 경주 출장마사지 now at 계룡 출장마사지 Borgata Hotel 서울특별 출장안마 Casino & Spa! This stylish resort hotel on the 원주 출장안마 Atlantic City Boardwalk features 10 restaurants, 수원 출장마사지